Tuesday, August 27, 2019

SENANGNYA KE PHUKET THAILAND

Siapa yang kat Malaysia ni taktau pasal Phuket tempat bercuti yang paling relevan dengan bajet tak terlampau tinggi. Sebab kat Phuket ni dekat dengan negara kita dan lagi senang kalau kita naik flight dalam sejam lebih dah sampai. Uya nak cerita kat korang camne nak dapatkan cheap thai airways flights semudah di hujung jari. 


Korang mesti pernah dengar pasal traveloka web atau apps kan? Kalau tak pernah sinilah tempat korang boleh buat perbandingan harga flight tiket untuk dapat harga yang paling murah ikut bajet korang. Dengan Thai Airways ni korang ada options seating economy, premium economy, Royal Silk dan Royal First Class. Terpulang kat korang yang mana satu korang nak book.

Berpasir putih yang lembut dipijak kaki, Pantai Surin adalah sebuah destinasi yang agak popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Thailand. Airnya yang berwarna biru kehijau-hijauan cukup memukau pandangan. Disebabkan keindahan inilah kawasan di sekitarnya dipenuhi dengan barisan-barisan hotel dan perumahan mewah yang turut menjadikan aura Pantai Surin terasa cukup sofistikated. 
Sambil menikmati gaya hidup seperti selebriti di sekitar pantai, korang boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual di gerai-gerai di sepanjang pantai. Kalau korang ke sini, korang boleh merancang untuk bersnorkeling di bahagian berbatu sama ada di arah utara atau selatan Pantai Surin.

Kalau korang pencinta haiwan, lawatan ke Phuket Elephant Sanctuary akan membuatkan hati korang gembira melihat cara haiwan di sini diberikan penjagaan. Untuk pengetahuan korang, gajah-gajah yang ditempatkan di sini adalah gajah yang telah menghadapi kesengsaraan di bawah jagaan entiti lain yang lebih mementingkan keuntungan. 

Korang akan dapat mendengar cerita di sebalik setiap gajah yang terdapat di sini yang pasti membuatkan korang berasa geram dan sedih. Di samping itu, korang juga dapat mempelajari lebih banyak info tentang bagaimana untuk mengetahui situasi penderaan gajah berlaku. Ingin mengajar anak-anak korang tentang kepentingan menyayangi semua ciptaan Tuhan? Rancanglah untuk ke Phuket Elephant Sanctuary di Phuket nanti. Anak2 Uya pasti suka bila bagitahu akan naik gajah lagi. Last kami pergi masa ke Bali.
Panjang yang agak panjang gak la sejauh 400 km, Teluk Phang Nga adalah salah satu daripada kawasan teluk yang terindah di Thailand yang menempatkan 100 buah pulau yang kebanyakannya termasuk di dalam The Guinness Book of Records  dek sebab keunikan dan keindahannya. Teluk ini terletak di antara pulau Phuket dan Semenanjung Malaysia pada bahagian Selatan Thailand. Dalam menerokai sekitar teluk ini, korang akan menemui banyak tebing-tebing batu kapur tinggi yang terbentuk indah, gua-gua laut dan pulau-pulau kecil yang termasuklah pulau James Bond, Ko Tapu. 
Antara aktviti yang terkenal di sekitar Teluk Phang Nga adalah kayak laut dan perkhemahan di kawasan pantai pulau-pulau yang terdapat di sini. Sambil melihat keindahan lanskap sekitar teluk, celikkan mata korang dengan habitat fauna yang lebih daripada 200 spesies di sini. Pelbagai jenis ikan dan burung yang dapat disaksikan di sekitar Teluk Phang Nga.
Real name bagi Monkey Hill adalah Toe Sae Hill. Diberikan nama macam tu sebab betapa banyaknya monyet di bukit ini yang dikatakan mencecah 400 ekor kesemuanya. Monyet-monyet ini walau bagaimanapun dikatakan tidaklah seagresif yang terdapat di kawasan kuil. Tapi, korang tetap perlu berjaga-jaga dengan mengelakkan diri daripada membawa barangan yang berharga, lagi bagus, jangan bawa apa-apa yang mudah dicapai. 
Sewaktu mendaki bukit ini nanti, korang juga akan terlihat papan kenyataan yang memberitahu pelawat supaya tidak memberi makan kepada monyet-monyet di sini. Sengaja ingin diingatkan, dalam perjalanan di Monkey Hill nanti, korang tidaklah akan bertembung terus dengan geng-geng monyet di sini, sebab haiwan ini hanya dapat dilihat selepas hampir 2 km berjalan kaki. Jadi, jangan give-up pula ya?
Sebab tu lah korang jangan lupa dengan nama apps Traveloka tu tau sebab kat sini senang jerk orang boleh dapat flights to phuket online booking yang mur-mur jer and korang boleh spend time yang berkualiti dengan orang yang korang sayang. Bila lagi nak bercuti dengan bajet serendah yang mungkin kan. Semoga nanti korang boleh save duit untuk next trip ke tempat lain pulak.  
Bolehlah tu uya...cepat rancang next percutian family kita..in shaa allah ada rezeki.

~YA ALLAH YA TUHAN KAMI..Tetap kan Hati kami Hingga ke akhir Hayat..

No comments: