Thursday, November 5, 2009

jum kong-Xi2...

msg ni dpt dr sorang kwn saya, (SITI AISYAH BINTI ABD JALIL)

di UMP melalui memo..

terasa mahu share kat blog laks...

Fadhilat Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Fadhilatnya;

1. Ayat kursi merupakan ayat pendinding dari ganguan syaitan yang jahat.
2. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi diibaratkan sepertimana ia membaca Al-Quran tiga kali khatam berturut-turut.
3. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi, apabila di hari akhirat nanti Allah akan memberikan kepadanya mahkota yang menerangi semua penghuni dunia.
4. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi akan diberikan pahala kebaikan kepadanya.
5. Ayat Kursi penangkis segala kerja-kerja jahat dari syaitan dan kuncu-kuncunya. 6. Ayat Kursi dapat menghilangkan perasaan ragu-ragu dan was-was yang datangnya daripada syaitan.

Antara fadhilat AYAT KURSI yang dapat dicatatkan berdasarkan hadith adalah seperti berikut:

  • Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberikan pertolongan kepadanya.

thanks to beliau krn bg ilmu ini...RENUNG2 KN...DAN SELMAT BERAMAL..