Saturday, November 30, 2019

Kenangan Orientasi Darjah 1 : Nor Hakim Rizqi

Anak Masuk Sekolah Darjah 1

Semalam. 29/11/2019
Kenangan anak pertama masuk dunia sekolah.
Walaupun dah 3tahun berada di dunia pra sekolah.
Tetap akan ada drama.
Pagi-pagi Rizqi semangat bangun sebab nak pergi sekolah dengan Bonda.

Perkara untuk disediakan

1. Surat penempatan sekolah
2. Gambar passport
3. Borang kena isi
4. Surat beranak depan belakang (ada sekolah cop masa kita register)
5. Jadual Imunisasi anak

Tangan masuk poket tu!

Bila sampai di sekolah, kena daftar dulu.
Bermulalah taklimat sekolah.
Dan anak2 kena beratur ikut kelas

Antara taklimat diberitahu

1. kelas ditempatkan bukan ada ujian tapi masa tu siapa register terus dapat kelas mana.
2. Ada 6 kelas untuk Darjah 1. 1kelas dalam 35-40orang.
3. Anak2 takkan ada test penilaian. Tapi mereka akan ada Pentaksirah bilik darjah (PBD) iaitu cikgu nilai anak2 ikut nilai2 murni
4. Cikgu pesan awal2 semua barang sila tulis nama.
5. Drop anak depan pagar sekolah dengan pantas. Tak perlu lama2 sebab akan menyebabkan kesesakan.

Apa anak2 buat di kelas?
Anak2 akan ke kelas untuk buat aktiviti mewarna.
So makayah siap2 bawa alat tulis termasuk pensil warna.
Siap ada peraduan mewarna dan dapat hadiah.



Ini view dalam kelas Rizqi.

Masa ini kami mak ayah beratur untuk jumpa cikgu kelas untuk
1. Ambil buku teks Darjah 1
2. Bagi document seperti di atas
3. Bayaran PIBG RM50/pelajar
4. Bayaran 3K
5. Bayaran nametag RM4

Selepas settle, kita beli baju PJK pula.
Seluar dan baju RM42.
Settle untuk itu.
Nanti 2/12 kita akan beli buku tulis pula.

Untuk lebih lagi story mengenai persediaan bonda pasal sekolah rizqi, boleh terus ke #NHRizqisekolah

No comments: