Monday, December 9, 2019

Kenangan naik bas KL-Kuantan

10 Tips naik bas bersama 3orang anak

Hi korang, ni cerita Isnin lepas.
Ahad buat keputusan nak balik kampung suami tanpa suami. Gigih pertama.
Gigih kedua bersama 3orang anak hero ku.
Jom kita teruskan penceritaannya.


1. Beli tiket di RED BUS 

Berbaloi bila tengok ada banyak promosi di redbus untuk kita beli tiket di situ.
Tengok gambar atas yang ada 2jenis penolakan. Jimat RM8. Oklah kan..boleh beli jajan kat TBS.
Kemudian, cara uya akan pilih timing yang anak akan tidur. Pagi2 dah bersiap awal. Dalam bas pasti sambung tidur. Senang kerja bonda. Rujuk point no 6. Sebelum dan selepas.

2. Sampai AWAL

Sila smpai di Terminal Bersepadu Selatan lebih awal. Kurang kesesakan di pagi Jumaat tu. Ini kerana 30min sebelum berlepas kita dah kena turun ke bawah. Jika lambat, bas akan gerak on time. Sampai je di TBS, terus Ke kaunter untuk print pass masuk dengan tunjuk APPS Red Bus tu. Kemudian, Beli sesiap makanan dalam bas. Pahamlah bawak anak2. Kang time tu gak dia lapor. Mana ada jualan atas bas kan.
 Dah sampai awal. Marilah kita posing se dua buat kenangan.


3. Bawa barang yang penting

Ini penting sebab kita solo. Selalu ada hubs kuat angkat beg semua. Tapi ni kita dan anak². Maka barang² suma limited. Cam kes uya. 1beg dah minta anak buah bawakkan ke kampung terlebih dahulu. So bawak untuk 2hari 1malam di rumah ipar sahaja.


4. Lumur Lavender dan Tranquil EO

Ini mesti. Sebab kita yang kena menjaga emosi mereka. Jika tak, haru biru la kan. Kebanyakannya, uya akan guna calming EO. Sekali maknya kena oiling tau! Gambar di point 6 menceritakan senangnya omak dia. Nak tanya lebih lanjut, WA UYa

5. Tanya untuk Misi ke Toilet

Ini memang sokmo tanya. Naik muak mereka. Sebab dah tak sabar nak naik bas. Bukan apa risau betul atas bas tu gak nk membuang kecil atau besar.  So selang 10min memang akan tanya.


6. Pakai SeatBelt

Pahamlah keadaan bas bila dibawa kan. Anak² tak tahu keadaannya. So siap2 ingatkan pakai seatbelt. Sebab diorang dah biasa pakai carseat. Kena buckle up!. So redha.


7. Bercarrier si kecil

Sebabkan kita risau tertidur dan terlepas dari pelukan, si kecil tu Raafid uya pakai carrier. Kena buckle up jugak. Risau betul terlepas hoii..
Gambar bawah ni masa buka bagi dia renggangkan badan sikit.


8. Bila bas berhenti, tanya pasal membuang

Ni penting, sebab takut dah sampai Kuantan nk terkucil. So sesiap buang. So take turna untuk ke toilet.

 9. Ajar anak untuk jaga barang² mereka 

Ini contoh uya bagi iaitu selipar. Kang merata mereka letak, kita gak terbongkok³ cari. So suruh mereka letak di tempat letak barang tu. Nampak ringkas, tapi menyenangkan.

10. BERJAYA UNTUK PERTAMA KALI

Kami berjaya! Janji perut penuh. Semua berjalan dengan lancar. Next trip ke mana kita...?!eceh


Love You!

Saturday, November 30, 2019

Kenangan Orientasi Darjah 1 : Nor Hakim Rizqi

Anak Masuk Sekolah Darjah 1

Semalam. 29/11/2019
Kenangan anak pertama masuk dunia sekolah.
Walaupun dah 3tahun berada di dunia pra sekolah.
Tetap akan ada drama.
Pagi-pagi Rizqi semangat bangun sebab nak pergi sekolah dengan Bonda.

Perkara untuk disediakan

1. Surat penempatan sekolah
2. Gambar passport
3. Borang kena isi
4. Surat beranak depan belakang (ada sekolah cop masa kita register)
5. Jadual Imunisasi anak

Tangan masuk poket tu!

Bila sampai di sekolah, kena daftar dulu.
Bermulalah taklimat sekolah.
Dan anak2 kena beratur ikut kelas

Antara taklimat diberitahu

1. kelas ditempatkan bukan ada ujian tapi masa tu siapa register terus dapat kelas mana.
2. Ada 6 kelas untuk Darjah 1. 1kelas dalam 35-40orang.
3. Anak2 takkan ada test penilaian. Tapi mereka akan ada Pentaksirah bilik darjah (PBD) iaitu cikgu nilai anak2 ikut nilai2 murni
4. Cikgu pesan awal2 semua barang sila tulis nama.
5. Drop anak depan pagar sekolah dengan pantas. Tak perlu lama2 sebab akan menyebabkan kesesakan.

Apa anak2 buat di kelas?
Anak2 akan ke kelas untuk buat aktiviti mewarna.
So makayah siap2 bawa alat tulis termasuk pensil warna.
Siap ada peraduan mewarna dan dapat hadiah.



Ini view dalam kelas Rizqi.

Masa ini kami mak ayah beratur untuk jumpa cikgu kelas untuk
1. Ambil buku teks Darjah 1
2. Bagi document seperti di atas
3. Bayaran PIBG RM50/pelajar
4. Bayaran 3K
5. Bayaran nametag RM4

Selepas settle, kita beli baju PJK pula.
Seluar dan baju RM42.
Settle untuk itu.
Nanti 2/12 kita akan beli buku tulis pula.

Untuk lebih lagi story mengenai persediaan bonda pasal sekolah rizqi, boleh terus ke #NHRizqisekolah

Friday, September 20, 2019

Buat Passport di Jabatan Imgresen Malaysia UTC Sentul

Yeah.
Ada budak nk ikut bonda g work.
Kali ini kita ajar travel dekat2 dulu.
Singapore. Tunggu Raafid!!!
Sempena 25Year Essential Oil Summit 2019
Ke Marina Bay Sand Convention Centre.


Uya ke UTC sentul. Sebab jap lagi nk dating dengan kawan. Here we goo....


Di sini uya nak cerita serba sedikit mengenai proses membuat pasport untuk anak bawah 12tahun.

1. Bawa original Surat Beranak anak dan IC Ibu/Ayah
2. Bawa 1 photostap copy Surat Beranak anak dan IC Ibu/Ayah.

3. Tak perlu ambil gambar diluar kerana ambil gambar di kaunter nanti.
4. Ambil no dan tunjuk no 1 dan no 2

5. Tunggu no dipanggil untuk dilayan oleh staff mereka. Dan ready untuk ambil gambar. Masa ni raafid dh tidur. So staff tu cakap biar dia tidur kejap. Nanti nk snap gambar baru kejut. Adalah dalam 5min dia tidur. Dan kena kejut. Nasib tak merengek. So snap tetap dengan bibir gitu.hahahaah trademark betul.

6. No akan dipanggil lagi sekali untuk buat bayaran. Boleh cash atau credit card. Rm100. Dapat resit bayaran.

7. Tunggu lebih kurang 45min-1jam untuk ambil passport yang dah siap.
8. Settle


Ok settle. Jum lepak.

~YA ALLAH YA TUHAN KAMI..Tetap kan Hati kami Hingga ke akhir Hayat..

Sunday, September 15, 2019

Masuk Office YL di Bangsar

13.09.2019
Banya kejadian yang tiba2 jadi.
Niat nak bawak acik erni pergi YL



Then. Terang serba sedikit dekat kak erni mengenai Young Living Essential Oil di Experience Center dengan bahasa mudah paham. Kukus tadah air +minyak dan dptkan minyak shj.

Nak ajak jumpa Alia team k.ifa.
Nak dapat info sikit dari uya.
#catchleadersifyoucan

Makan2. Then ditugaskan jumpa dan ambil barang dari Hajah Munirah.
Kejadian tak disangka jadi : dapat hadiah dari k.munirah iaitu Brain Power EO baru lagi. Tq akak. Akan uya akiqahkan EO dengan semua team yang jumpa uya.

 Masuk YL nak ambil order.
Ada.mintak tolong ambilkan Premium Starter Kit dan order ER.

Kejadian tak disangka jadi : builder uya, syirah siap snap picture uya. Tapi dia tak sedar uya kat situ. Nasib nyang awak ni tegur tauuuu. Sabar jelah kn.



Keluar dari YL, ada orang tegur ' kak Uya ye??' Alahaiiii.. rezeki jumpa orang kn. Ni builder Nurul Mukminah. Siap ajak g sharinh niena tu. Dioramg kata keje. Alahai..ponteng sudah!!.


Dan ini sebab utama kedua nk datang YL. Dengar sharing dari Niena ZM. spOIL Your Kids. Semua range dia citer tambah2 kisah Kidscent EO dan Seedlings. Best. Input yang menarik.






Ok. Penuh hari dengan ilmu.
Tq kenangan itu. Tepek sini.

https://linktr.ee/yleouya
~YA ALLAH YA TUHAN KAMI..Tetap kan Hati kami Hingga ke akhir Hayat..

Saturday, August 31, 2019

GENG GOJEK FAMILY REUNION 2019 (Part 2)

Penutup di hari kedua.

1. Mandi swimming pool
2. Makan
3. Lepak membawang
4. Main basikal
5. Ulang no 1.

Alhamdulillah.
Masing2 dah selamat di rumah/tempat masing2.
Lepas ni boleh rancang untuk next reunion kita.
 Membawang tepi kolam
 Posing anak2






 5 Keluarga yang ada 



 Bagus tuan rumah meraikan kami dengan Signage ni
Jumpa lagi!!!

~YA ALLAH YA TUHAN KAMI..Tetap kan Hati kami Hingga ke akhir Hayat..

GENG GOJEK FAMILY REUNION 2019 (Part 1)

Hai korang.
Cuti2 Merdeka ni pergi ke mana?
Uya dengan kawan2 UMP menginap di satu homestay kat Hulu Langat ni.
Best juga.

Masa nk booking dah siap2 kriteria utk cari homestay ada 5bilik ke atas.
Dan paling penting ada tempat membawang.
Haha

Lokasi kami di Pelangi Homestay Hulu Langat.
Ada 5 bilik tidur siap BBQ pit. Paling penting private pool.

Kami sampai lambat. So farah, ina dan ayong dah siap masakkan untuk kami. Wakaka








Tunggukan
Part 2.

~YA ALLAH YA TUHAN KAMI..Tetap kan Hati kami Hingga ke akhir Hayat..